Isnin, 27 April 2015
Syasya cakap lograt T'ganu
Assalammuaikum,
Ini cerita semalam, ummi dan Syasya pergi ke giant untuk beli barang kelengkapan rumah. Parking giant penuh sangat semalam tapi secara sepontan Syasya kuar lograt Terengganu dia. Antara perbualan ummi dan Syasya...
Syasya : ummi tu ada parking ada kereta nak tubik.
Ummi : ape kakak? (dengan muka pelik sebab baru first time dia cakap Terengganu)
Syasya : ada keta nak tubik ummi.
Ummi : ape kakak?
Syasya : ada keta nak keluar ummi.
Marah la tu sebab ummi tanya banyak kali. Hahahaha. Rasa kelakar pulak bila Syasya cakap macam tu. Lain sangat. Lagipun Syasya pn memang ada darah Terengganu dari belah abah dia.
Tq.
Rabu, 11 Mac 2015
Syasya Aliah turn 3
Salam sejahtera semua.
Hari ini cerita pasal sambutan hari lahir syasya yang ke 3 pada hari ahad lepas 8/3/2015. Majlis bejalan dengan lancarnya atas bantuan abah dan semua jiran umi. Syasya pun bukan main seronok nak tunggu masa itu sebab nak potong kek puteri katanya. Hahahaha.
Majlis Syasya dibuat secara rewang. Semua jiran tolong memasak untuk majlis ini. Umi cukup seronok sebab ada jiran-jiran macam ini sebab banyak bantu umi dan abah jika ada masalah. ereka saling bantu membantu. Antara gambar rewang untuk majlis Syasya.
Umi rewang siapkan gudis dan kemas rumah.
Budak-budak ini rewang main aje. Hehehe.
Ini antara gambar jiran-jiran umi rewang masak untuk majlis Syasya.
Menu utama adalah laksam. Jiran-jiran buat sendiri.
Yang baju hijau adalah bezday girl, tengok pesiapan majils die. :-)
Narget ini aje yang umi masak. Hehehe.
1 jam sebelum majlis. Puas suruh tido tapi taknak. Pukul 4 baru nak tido.
Selepas semua makanan siap umi kemas rumah untuk kali terakhir termasuk la tidokan bezday girl. Bila jam dah pukul 4.50 petang umi terpaksa kejutkan Syasya sebab majlis mula pukul 5 petang. Sian pulak nak kejutkan dia sebab baru tido. Nasib Syasya la umi suruh tido pukul 3 taknak.
Majlis baru bermula.
Antara makanan yang ada.
Bezday tengah isi perut.
Inilah kek puteri Syasya.
Antara tetamu yang hadir.
Sesi buka hadiah.
Tq.
Rabu, 11 Februari 2015
Syasya cemburu
Salam sejahtera...
Cerita menarik semalam adalah mengenai anak manja ummi iaitu Syasya Aliah. Semalam bukan main marah lagi dia kat abah dia sebabnya abah dia dokong baby lain. habis semua barang dia campak. Pagar rumah pun dia tolak sampai kena kereta. nasib baik tak teruk kalau tak lain pulak jadinya. Kalau ummi dokong baby itu dia tak apa lagi. Dia boleh terima lagi tapi kalau abah dia, dia tak boleh terima dah. habis semua botol abah dia campak ke tepi rumah. Abah dan ummi gelak aje la. Hahaha..
Lepas dah puas baling barang Syasya cepat-cepat pergi ke abah dia mintak di dokong gak. Jeles sangat dia nie la. Hahaha. Lepas abah sakat ummi pulak yang sakat dia. Ummi sakat lagi dasyat, sampai nangis dia di buatnya. Hihihi.
Ummi bawa baby itu masuk rumah. Bukan main marah lagi dia sampai nangis. Dia paling tak suka kalau kami bawa baby lain masuk rumah. Nak bawa sampai dapat pintu pagar pun dia nangis. Semalam ummi bawa baby tu masuk dalam rumah lagi la meradang dia. Hahaha...
Syasya sayang ummi dan abah jangan risau la sayang, ummi dan abah sayang sangat kat awak. Tak ada orang lain yang boleh ganti tempat awak dihati kami sayang. We love you so much sayang.
Inilah budak jeles.
Buah hati ummi.
Khamis, 2 Oktober 2014
Noor Syasya Aliah
Assalamualaikum.
Gelagat Syasya Aliah buah hati ummi dan abah dunia akhirat.
Ini hari pertama Syasya di lahirkan
Selepas Syasya dibotakkan.
Raya pertama Syasya di Terengganu.
Ini muka orang merajuk sebab ambil gambar dia.
Jalan-jalan di zoo Melaka
Hari raya 2014
Hari lahir Syasya yang ke 2
Ini la aksi anak daraku kalau naik gelongsor. hehehehe.
"No komen ye".. Hahahaha
Buah hati ummi.
Model cermin mata
Model kasut.
Syasya belajar mengaji.
Syasya baru pandai duduk kalau tak silap ummi.
Syasya jatuh. Luka kat tepi mata.
Syasya dengan basikal barunya.
Syasya dikebun atoknya.
Syasya dan durian tak boleh dipisahkan. Hantu durian.
Syasya dengan sepupunya.
Jadi mangsa ummi. Cantik tak rambut syasya.
1st time gunting rambut.
Ini lah hasilnya.
Budak ngada-ngada.
Tq.
























