Jumaat, 15 Mei 2015

Cabaran 30 | hari ke 4 : Syasya dan perpustakaan


Assalamualaikum...

Hari ini wanie nak cerita pasal Syasya pergi perpustakaan. Syasya pergi dengan ibu dia aka pengasuh. Aktiviti ini adalah anjuran sekolah tadika tempat anak pengasuh sekolah. Ramai gak student yang pergi. Ibu dia pun ada hantar banyak gambar dia kat wanie. Kalau tengok gambar dia tak ada baca buku pun main aje lebih. Hehehehe.

Ini antara gambar dia yang ibu dia hantar;


Tengok dia sebuk kat orang lain aje.

Syasya main dengan Yoyo

Syasya tolong cikgu susun pin bowling

Syasya main dengan kakak Qis dan Kakak Qistina

Ibu dia kata dia nak main masak-masak



Syasya ajar abang mengira. Hahahaha.


Rabu, 13 Mei 2015

Cabaran 30 | hari ke 3 : Beachmarket, Zoo Teruntum Dan Main Belon


Assalamualaikum...

Cabaran hari ini wanie nak cerita pasal Beachmarket yang di anjurkan oleh Elfiraloy. Artis cantik molek itu. Banyak gak perniaga online yang terlibat dengan event ini. Kelabu biji mata juga la nak buat pilihan. Murah-murah mereka jual masa event ini. Artis yang terlibat pun ramai gak. Event ini di buat di Pantai Gelora.






Ini wajah-wajah buah hati wanie

Cantikkan susunan tudung ini warna warni.

Lepas puas jalan kat event beachmarket kami pergi jalan-jalan kat zoo Teruntum pulak. Sepanjang 2 tahun duduk kat Pahang ini baru pertama kali jejak kaki kat zoo ini. Banyak betul halangan nak pergi sini. Hehehehe.


Antara binatang yang ada disini:






Ini cerita malam Ahad, kami pergi event beachmarket untuk tengok majlis penutup event. Saja aje bawa syasya jalan-jalan ambil angin sebab malam itu panas sangat. Syasya tak nak beranjak dari tempat duduk dia sebab asyik sangat tengok orang nyanyi. Abah pujuk ajak beli air pun tak nak. Siap suruh abah dia belikan untuk dia lagi tau. 


Habis tengok majlis penutup beachmarket, wanie bawa syasya pergi TC pulak. Asalnya nak ajak main kereta tapi TC baru lepas hujan pulak. Tempat kereta tutup awal pulak. Jadi main buih belon aje la. Tak ape la janji ada benda dia main.







Selamat membaca... Hehehehe...

Selasa, 12 Mei 2015

Cabaran 30 | hari ke 2 : Bawa Syasya mandi laut

Salam sejahtera...
Hai semua, hari ini wanie nak cerita pasal syasya kena gatal-gatal. Asalnye kena melecet kat hidung aje tapi terus melarat kena kat muka. Kesian sangat tengok dia. Asyik garu-garu aje.

Bawa pergi hospital pun tak berapa nak baik. Lagi melarat ada la. Sian dia. Bila dah macam tu wanie tanya kawan-kawan kat ofic petua untuk hilang gatal-gatal. Ramai yang cakap bawa mandi laut.

Telanjur cuti panjang minggu lepas wanie bawa syasya balik kampung. Bawa dia mandi laut kat sana di pantai Pasir Lanun Penyabong, Endau, Johor. Mak wanie cakap airnya bersih tak kotor pun. Obor-obor pun tak ada. So tak risau sangat la kalau syasya nak mandi kat situ.

Ini masa mula-mula nak mandi





Abah simbah muka syasya dengan air laut

Usaha pujuk syasya untuk ke tengah

air laut yang bersih.


Syasya dan abah kat tengah laut.


Buat istana pasir. Hehehe.



keadaan luka syasya yang membengkak sebab kena air masin

Sesi teakhir keringkan baju sebelum balik.

Tq.

Isnin, 11 Mei 2015

Cabaran 30 | hari ke 1 : Tukar wajah blog

Salam sejahtera semua...

Hari ini wanie nak cerita pasal wajah blog baru wanie. Wanie buat blog ini dengan sue. Orangnya ramah sangat. Senang berurusan dengan dia. Sue juga cepat buat keja. Baru berurusan dah siap. Hehehe. Wanie nak ucap terima kasih kat sue sebab tolong editkan blog wanie. Cantik sangat. Terima kasih sangat-sangat ye sue.

Ini wajah blog lame

Ini wajah blog baru

Email sue : sue_546@yahoo.com

Sebarang tempahan bolehlah bertanya dengan sue.

Nuffnang Ads

SYASYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Copyright to HAZWANIE
Designed by UMIESUEstudio 2015