Jumaat, 18 April 2014

Tengok Wayang


Assalamualaikum semua.

Ini cerita semalam. Ummi dan abah bawak Syasya pergi tengok wayang cerita Rio 2. Best gak cerita itu. Kelakar ceritanya. Bukan setakat budak aje yang gelak tapi orang tua pun bukan main kuat gelaknya. Hehehe. Lama sangat rasanya tak bawak Syasya keluar jalan itu yang ajak abah bawak Syasya pergi tengok wayang. Mula-mula nak masuk tu bukan main payah lagi sebab masa ummi dan Syasya masuk skrin kat panggung tunjuk iklan cerita ganas. Syasya jadi takut dengar bunyi cerita itu. Abah pulak pergi ke bilik air jadi ummi la yang kena jaga Syasya. Punya la nak pujuk dia masuk dalam terpaksa la ummi umpan dengan pop corn. Nasib baik masa nak masuk cerita dah start. Bila dia tengok memang betul cerita kartun baru la dia nak masuk.

Mula-mula tengok buka main khusyuk lagi tau. Tak bagi orang usik dia. Tapi dapat tahan 1 jam aje. Lepas itu dah lelap. Penat sangat la tu sampai bunyi bising pun tak dengar.

Gambar ini sebelum tengok wayang. Kami isi perut dulu sebelum cuci mata. Hahahaha.












Tq semua.

Rabu, 9 April 2014

Model kasut dan cermin mata


Assalamualaikum semua,

Hari ini ummi nak ceritakan kisah gelagat anak ummi yang seorang ini. Makin besar makin banyak gelagat dia. Hehehe. Dah pandai tiru gaya orang. Ummi sibuk pilih kasut die pun pilih gak. Ummi pilih cermin mata die pun ikut sama pilih. Inilah antara gambar anak dara ummi yang sorang ini.

Ini gambar Syasya mengayakan cermin mata.





Dan ini pulak Syasya mengayakan kasut. Dia pilih kasut untuk ummi. Syasya siap tanya lagi cantik tak ummi. Hahaha.





Ada gaya super model tak anak ummi ini??

Kepada semua pembaca blog ummi yang ingin menempah SHAKLEE boleh la email ke ummi waniepudien@gmail.com. Ummi adalah pengedar sah SHAKLEE. 


Inilah No ID SHAKLEE ummi.

Tq.

Nuffnang Ads

SYASYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Copyright to HAZWANIE
Designed by UMIESUEstudio 2015