Rabu, 11 Februari 2015

Syasya cemburu


Salam sejahtera...

Cerita menarik semalam adalah mengenai anak manja ummi iaitu Syasya Aliah. Semalam bukan main marah lagi dia kat abah dia sebabnya abah dia dokong baby lain. habis semua barang dia campak. Pagar rumah pun dia tolak sampai kena kereta. nasib baik tak teruk kalau tak lain pulak jadinya. Kalau ummi dokong baby itu dia tak apa lagi. Dia boleh terima lagi tapi kalau abah dia, dia tak boleh terima dah. habis semua botol abah dia campak ke tepi rumah. Abah dan ummi gelak aje la. Hahaha..

Lepas dah puas baling barang Syasya cepat-cepat pergi ke abah dia mintak di dokong gak. Jeles sangat dia nie la. Hahaha. Lepas abah sakat ummi pulak yang sakat dia. Ummi sakat lagi dasyat, sampai nangis dia di buatnya. Hihihi.

Ummi bawa baby itu masuk rumah. Bukan main marah lagi dia sampai nangis. Dia paling tak suka kalau kami bawa baby lain masuk rumah. Nak bawa sampai dapat pintu pagar pun dia nangis. Semalam ummi bawa baby tu masuk dalam rumah lagi la meradang dia. Hahaha...

Syasya sayang ummi dan abah jangan risau la sayang, ummi dan abah sayang sangat kat awak. Tak ada orang lain yang boleh ganti tempat awak dihati kami sayang. We love you so much sayang.

Inilah budak jeles.

Buah hati ummi.


Nuffnang Ads

SYASYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Copyright to HAZWANIE
Designed by UMIESUEstudio 2015