Isnin, 20 Jun 2016

Krim Sakura Mask Seqy



Assalamualaikum...

Hari ini wanie nak ceritakan mengenai krim sakura mask dari Seqy.
Asalnya wanie beli mask ini untuk muka wanie tetapi rupanya mask ini banyak kelebihannya.
Terutama pada kulit syasya. Mask ini serasi sangat dengan kulit dia.

Bulan lepas kuantan dilanda cuaca yang panas sehingga kulit syasya naik ruam air yang gatal.
Kesian tengok dia asyik garu-garu aje.
Mula-mula ingat besa-besa aje tapi lama-lama penuh belakang die.
Wanie bawa dia pergi klinik dan doc bagi ubat sapu tapi tak hilang gatal dia.
Mungkin dia tak serasi dengan ubat itu.
Lepas itu ibu ngasuh dia try sapu bedak sejuk gatalnya hilang kejap aje.
Bila bedak dah kering gatal balik.

Bila lama sangat tengok macam itu wanie try sapu krim sakura mask dari seqy itu.
Alhamdullilah seminggu wanie sapu bintik air itu mengecut dan lepas itu hilang rasa gatalnya.
Syasya pun selesa jika wanie sapu krim itu.
kalau wanie lupa sapu dia yang akan ingatkan.
mungkin sebab mask ini sejuk kot.

Ada lagi satu kes ini perut syasya kena gigit dengan semut gatal.
Habis bengkak perutnya sampai nak tutup pusat dia. Hihihi.
Benda yang sama wanie buat wanie sapu krim ini kat tempat bengkak itu.
3 hari wanie sapu siang malam Alhamdullilah serut juga bengkak dia.

Syukurlah kulit syasya serasi sangat dengan krim ini.
Jadi lepas ini jika syasya ada masalah kulit boleh lah sapu krim ini aje.
Suami wanie sampai mintak order lagi untuk stanby kat rumah.
Terima kasih seqy sebab kenalkan krim ini.
Krim yang banyak kegunaannya terutama untuk buah hati wanie.

Syasya Aliah buah hati wanie.

Inilah krim sakura mask dari Seqy

Ini instagram HQ seqy : https://www.instagram.com/seqybeauty
Ini pulak blog owner seqy : http://sepet88.blogspot.my/

Jumaat, 10 Jun 2016

Surprise Birthday Abang Sayang


Assalamualaikum...

Lama dah tak update blog ini. Dah bersawang dah blog wanie ini. Hihihihi. 
Semperna bulan puasa ini wanie nak bersih kan cikit sawang-sawang yang ada sebab nanti dah raya katakan. Hahaha.

Nak cerita sikit pasal semalam, pasal surprise birthday abah syasya aka abang sayang wanie.
Semalam adalah birthday abah syasya dan semalam gak adalah surprise birthday dia yang pertama wanie buat untuk dia.
Terima kasih untuk team Kuantan Grand Party House kerana terima order wanie walaupun last minit. 
Terima kasih banyak-banyak ye cik, abang wanie sampai terperanjat di buatnya sebab tak penah wife dia tak pernah buat macam ini. Hihihi.


Selamat hari lahir abang. Ayang dan syasya sayang abang dunia akhirat. Semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Rabu, 21 Oktober 2015

Adik Syasya


Assalamualaikum...

Tajuk hari ini bukan mengenai wanie mengandung sekali lagi cuma sebuah coretan hari kecil ini aje. Wanie bukan taknak tambah anak lagi tapi memang belum rezeki wanie untuk bagi syasya adik. Wanie dah ikhtiar macam-macam untuk hamil lagi tapi ALLAH yang menentukan segalanya.

InsyaALLAH adik syasya akan datang juga satu hari nanti. Mana tahukan dia nak buat kejutan kat ummi, abah dan kakak syasya yang dia akan hadir berdua bukan seorang. Hihihihi. (Saja nak sedapkan hati aja.)

Ada seorang kawan wanie asyik tany aje bila nak bagi syasya adik. Benda tu mana ada jawapan pun. Kalau tahu senang aje jawabnya tapi tak ada jawapan pun. Kadang-kadang dah habis akal nak jawap. Apalah motif dia kan? Dia tu kan siap mintak wanie cari nama anak dia lagi tau. Ramai-ramai orang kenapalah wanie. Huhuhu. Kecik hatiku ini tau. Walaupun kecik hati tetap cari namanye. Taknak orang fikir lain pulak. Biar la kita aje yang rasa.

Tak apa la syasya walaupun awak belum boleh ada adik lagi awak masih ada adik beradik sedara yang sayang sangat kat awak. Ummi dan abah pun sayang sangat kat awak.

Syasya dengan baby alin.

Syasya dengan alin dan ariana anak buah sebelah suami

Syasya dengan haikal dan lisa anak buah sebelah wanie.

Tq.





Jumaat, 5 Jun 2015

Cabaran 30 | hari ke 5 : Cerita pasal anniversary


Assalamualaikum...

Hai semua, hari wanie nak cerita pasal anniversary wanie dan suami. Pada 04/06 yang lepas adalah anniversary kami yang ke 4. Wanie bersyukur sebab ada seorang suami yang memahami dan seorang abah yang penyayang ke anaknya aka Syasya.

Abang, ayang doakan semoga hubungan kita ini kekal hingga ke jannah. Ayang dan Syasya sayang sangat-sangat kat abang.

Ini cerita masa 03/06 sebelum hari anniversary kami, bawak syasya pergi tengok wayang (syasya panggil wayang tv besar). Hehehehe. Kami tengok cerita Big Game. Mula-mula tu okey lagi tapi bila dah banyak kapal terbang kuar dia jadi takut. Tak nak lepas tangan sebab takut degar bunyi kapat terbang. Dia memang takut bunyi kapal terbang. Lepas tu syasya cakap dia taknak tengok tv besar lagi. Hahaha. 



Abah tengah fokus dengan wasap dia. Hahaha. 




Ini pulak cerita pada hari anniversary kami 04/06. Abah bawak syasya main buih sabun dan kereta remote. 

Syasya langgar tayar penghadang. 

Anak sibuk main umi dan abah berselpi. Hahaha. 

Tak tahu ape yang die tak puas hati dengan budak depan ini.

Jumaat, 15 Mei 2015

Cabaran 30 | hari ke 4 : Syasya dan perpustakaan


Assalamualaikum...

Hari ini wanie nak cerita pasal Syasya pergi perpustakaan. Syasya pergi dengan ibu dia aka pengasuh. Aktiviti ini adalah anjuran sekolah tadika tempat anak pengasuh sekolah. Ramai gak student yang pergi. Ibu dia pun ada hantar banyak gambar dia kat wanie. Kalau tengok gambar dia tak ada baca buku pun main aje lebih. Hehehehe.

Ini antara gambar dia yang ibu dia hantar;


Tengok dia sebuk kat orang lain aje.

Syasya main dengan Yoyo

Syasya tolong cikgu susun pin bowling

Syasya main dengan kakak Qis dan Kakak Qistina

Ibu dia kata dia nak main masak-masak



Syasya ajar abang mengira. Hahahaha.


Rabu, 13 Mei 2015

Cabaran 30 | hari ke 3 : Beachmarket, Zoo Teruntum Dan Main Belon


Assalamualaikum...

Cabaran hari ini wanie nak cerita pasal Beachmarket yang di anjurkan oleh Elfiraloy. Artis cantik molek itu. Banyak gak perniaga online yang terlibat dengan event ini. Kelabu biji mata juga la nak buat pilihan. Murah-murah mereka jual masa event ini. Artis yang terlibat pun ramai gak. Event ini di buat di Pantai Gelora.






Ini wajah-wajah buah hati wanie

Cantikkan susunan tudung ini warna warni.

Lepas puas jalan kat event beachmarket kami pergi jalan-jalan kat zoo Teruntum pulak. Sepanjang 2 tahun duduk kat Pahang ini baru pertama kali jejak kaki kat zoo ini. Banyak betul halangan nak pergi sini. Hehehehe.


Antara binatang yang ada disini:






Ini cerita malam Ahad, kami pergi event beachmarket untuk tengok majlis penutup event. Saja aje bawa syasya jalan-jalan ambil angin sebab malam itu panas sangat. Syasya tak nak beranjak dari tempat duduk dia sebab asyik sangat tengok orang nyanyi. Abah pujuk ajak beli air pun tak nak. Siap suruh abah dia belikan untuk dia lagi tau. 


Habis tengok majlis penutup beachmarket, wanie bawa syasya pergi TC pulak. Asalnya nak ajak main kereta tapi TC baru lepas hujan pulak. Tempat kereta tutup awal pulak. Jadi main buih belon aje la. Tak ape la janji ada benda dia main.







Selamat membaca... Hehehehe...

Selasa, 12 Mei 2015

Cabaran 30 | hari ke 2 : Bawa Syasya mandi laut

Salam sejahtera...
Hai semua, hari ini wanie nak cerita pasal syasya kena gatal-gatal. Asalnye kena melecet kat hidung aje tapi terus melarat kena kat muka. Kesian sangat tengok dia. Asyik garu-garu aje.

Bawa pergi hospital pun tak berapa nak baik. Lagi melarat ada la. Sian dia. Bila dah macam tu wanie tanya kawan-kawan kat ofic petua untuk hilang gatal-gatal. Ramai yang cakap bawa mandi laut.

Telanjur cuti panjang minggu lepas wanie bawa syasya balik kampung. Bawa dia mandi laut kat sana di pantai Pasir Lanun Penyabong, Endau, Johor. Mak wanie cakap airnya bersih tak kotor pun. Obor-obor pun tak ada. So tak risau sangat la kalau syasya nak mandi kat situ.

Ini masa mula-mula nak mandi





Abah simbah muka syasya dengan air laut

Usaha pujuk syasya untuk ke tengah

air laut yang bersih.


Syasya dan abah kat tengah laut.


Buat istana pasir. Hehehe.



keadaan luka syasya yang membengkak sebab kena air masin

Sesi teakhir keringkan baju sebelum balik.

Tq.

Nuffnang Ads

SYASYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Copyright to HAZWANIE
Designed by UMIESUEstudio 2015