Rabu, 9 Julai 2014

Iftar di Padang Kemunting.


Assalamualaikum semua....

Hari ini ummi nak ceritakan pengalaman kami berbuka di Padang Kemunting, Kuantan Pahang pada isnin yang lepas. Memang meriang bebuka kat sana. Ramai sangat orang yang turut bebuka disana. Kami beli juadah berbuka di bazar yang berdekatang dengan padang. Syasya bukan main seronok lagi dapat bebuka di padang itu kerana ada ramai budak dan juga banyak mainan. Kami pilih tempat yang berdekatan dengan masjid untuk mudah abah nak pergi solat selepas bebuka.


Baru siap beli makanan.






Antara pengunjung yang sama-sama bebuka di padang.


Syasya dan abah berselfi




Benda yang Syasya im. Hehehehehe


Sementara menunggu berbuka kami dengar tazkirah dahulu yang di sediakan oleh pihak masjid.


Ini adalah antara gelagat Syasya tengah pilih belon.




Syasya kekwok dengan belonnya. Hahahaha.


Selepas bebuka, tunggu abah siap solat.



Pergi tengok-tengok baju di bazar sebelah stadium bola. Banyak gak kedai-kedai yang jual baju yang cantik-cantik. Tergugat juga ummi tengok baju-baju tu.




Kasut baru Syasya. Ini aje yang sempat ummi beli kat bazar tak dapat jalan lama pun tuan puteri yang sorang ini sudah mengadu ngantok. Tak apa lain kali boleh pergi lagi. Tunggu abah dapat bonus baru boleh pergi. Hehehehehe...

Tq.

Isnin, 30 Jun 2014

Syasya mengaji


Assalamualaikum....

Hari ini ummi nak cerita pasal Syasya pergi ngaji. Hari jumaat lepas BS Syasya ada whatsapp hantar gambar Syasya tengah ngaji. Bukan main lagi dia nampak mulat sampai terngange macam membaca. Hehehehehe. Pergi ngaji tu dah bagus tapi yang tak boleh tahan baju dia seksi beb. Baju tak ada lengan dan tak pakai tudung. Ini gambar BS hantar.


Syasya ngaji kat rumah cik ros.

Bila dapat gambar tu ummi tunjuk kat abah dan pujuk abah pergi beli Iqra untuk Syasya. Kami pergi beli hari sabtu lepas. Beli kat mydin. Bila balik rumah bukan main lagi ajak abah baca Iqra. Syasya, ummi dan abah doakan Syasya supaya mudah untuk mengaji Al-Quran dan menghormati orang yang lebih tua. Ummi dan abah sayang sangat kat Syasya.


Khusyuknya anak ummi ngaji.


Sempat lagi pandang camera.

Tq.


Jumaat, 18 April 2014

Tengok Wayang


Assalamualaikum semua.

Ini cerita semalam. Ummi dan abah bawak Syasya pergi tengok wayang cerita Rio 2. Best gak cerita itu. Kelakar ceritanya. Bukan setakat budak aje yang gelak tapi orang tua pun bukan main kuat gelaknya. Hehehe. Lama sangat rasanya tak bawak Syasya keluar jalan itu yang ajak abah bawak Syasya pergi tengok wayang. Mula-mula nak masuk tu bukan main payah lagi sebab masa ummi dan Syasya masuk skrin kat panggung tunjuk iklan cerita ganas. Syasya jadi takut dengar bunyi cerita itu. Abah pulak pergi ke bilik air jadi ummi la yang kena jaga Syasya. Punya la nak pujuk dia masuk dalam terpaksa la ummi umpan dengan pop corn. Nasib baik masa nak masuk cerita dah start. Bila dia tengok memang betul cerita kartun baru la dia nak masuk.

Mula-mula tengok buka main khusyuk lagi tau. Tak bagi orang usik dia. Tapi dapat tahan 1 jam aje. Lepas itu dah lelap. Penat sangat la tu sampai bunyi bising pun tak dengar.

Gambar ini sebelum tengok wayang. Kami isi perut dulu sebelum cuci mata. Hahahaha.












Tq semua.

Rabu, 9 April 2014

Model kasut dan cermin mata


Assalamualaikum semua,

Hari ini ummi nak ceritakan kisah gelagat anak ummi yang seorang ini. Makin besar makin banyak gelagat dia. Hehehe. Dah pandai tiru gaya orang. Ummi sibuk pilih kasut die pun pilih gak. Ummi pilih cermin mata die pun ikut sama pilih. Inilah antara gambar anak dara ummi yang sorang ini.

Ini gambar Syasya mengayakan cermin mata.





Dan ini pulak Syasya mengayakan kasut. Dia pilih kasut untuk ummi. Syasya siap tanya lagi cantik tak ummi. Hahaha.





Ada gaya super model tak anak ummi ini??

Kepada semua pembaca blog ummi yang ingin menempah SHAKLEE boleh la email ke ummi waniepudien@gmail.com. Ummi adalah pengedar sah SHAKLEE. 


Inilah No ID SHAKLEE ummi.

Tq.

Rabu, 26 Mac 2014

08/03/2014 (Part 1)


Assalamualaikum..

Nak tahu kenapa dengan tarikh ini tak? Ini adalah tarikh lahir Syasya yang ke 2 tahun. Baru hari ini ummi dapat update blog ini mengenai sambutan harir lahir Syasya yang ke 2 tahun. Pada hari itu ummi dan abah buat 2 kali majlis sambutan hari lahir Syasya. Masa itu kebetulan ofic ummi ada buat family day, ummi mintak izin dengan pihak urusetia untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir Syasya. Pihak benarkan ummi untuk selikkan birthday Syasya ini. Ini adalah gambar sepanjang birthday Syasya masa family day tersebut. Terima kasih pada semua anak staff kerana sporting pada birthday Syasya.








Tq.

Selasa, 25 Mac 2014

Cerita Sabtu Lepas


Assalamualaikum semua.

Sebelum ummi mulakan cerita ummi nak ucapkan takziah untuk semua keluarga anak kapal dan penumpang MH370. Semoga para keluarga dapat terus tabah menempuh segalanya dengan hati yang terbuka. Ummi pun sebak juga bila dengar ucapan dari PM semalam. 

Pada sabtu lepas ummi ada menghadiri kelas yang dianjurkan oleh master-master shaklee. Seronok gak bila dapat pergi sana banyak ilmu yang ummi dapat dari master-master shaklee itu. Terima kasih kat Syasya dan abah sebab walaupun abah dan Syasya tak sihat tapi masih dapat teman ummi dalam kelas itu sampai habis. Ummi akan cuba untuk berusaha dalam shaklee. Ummi harap abah dan Syasya akan sentiasa bersama-sama dengan ummi dalam susah ataupun senang.


Syasya belajar makan mee pakai copstik. Spaghetti ini aje yang Syasya makan yang lain semua dia taknak. 


Ini laksa penang yang kurang sedap.




Ini adalah peneman susah dan senang ummi.



Syasya tak bagi ummi duduk so kena duduk atas ini aje la. Kesian ummi tau.



Comel tak gambar ini? Syasya nak buat peace macam ummi. hehehe.


Syasya tengah makan coklat.


Ini ummi punya.


Ini abah punya. Lauk lebih banyak dari nasi. Hihihihi.




Inilah anak ummi Noor Syasya Aliah.


Ini pula imam ummi di dunia dan di akhirat Mohd Saifuddin.



Yang bawah ini gambar Syasya pegang pisau dan sudu. Macam pandai aje anak ummi ini lah. Ini keja abah la nie.







Yang bawa ini adalah antara makanan yang ada di hotel. Cantik dan sedap-sedap makanan kat sini tau.





tq.

Nuffnang Ads

SYASYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Copyright to HAZWANIE
Designed by UMIESUEstudio 2015