Rabu, 11 Disember 2013

Syasya rindukan abah

As salam semua,

Hari ini umi nak cerita sikit pasal anak umi...2 3 minggu nie syasya asyik tak sihat aje...die asyik demam aje...klinik dah banyak tempat dah pergi...baik jap lepas tu kena balik...sampai umi tak tahu nak wat ape...

Umi pun cuba tanya kawan2 kat ofic, lepas dia orang mintak selimutkan dengan baju abah die...bila umi cuba selimutkan baru la macam reda aje demam die...

Rupanya anak umi ini rindu kat abah die...sian dia...sabar la dik abah balik hari isnin depan...dah tak lama dah sayang...sedih umi tengok anak umi nie....huhuhuhu....=(

Nie gambar pagi tadi...lepas mandi terus peluk baju abah die..

Nie gambar malam tadi...tido beselimutkan baju abah die...

Jumaat, 22 November 2013

Syasya demam

Assalamualaikum..

Hari ini umi tak ada apa yang nak dituliskan, cuma umi doakan anak umi Syasya Aliah sembuh dari demamnya. Adik cepat sembuh ye. Tak lama lagi abah nak balik. Nanti abah balik kita pergi bercuti ye sayang. Umi dan abah akan bawak adaik pergi jalan. Umi dan abah sayang sangat adik.


Rabu, 30 Oktober 2013

cerita pagi tadi

Assalamualaikum semua,

Pagi tadi anak umi bangun awal, sibuk dengan dia nak ikut umi. Die ingat umi nak jalan. Asyik cakap nak itut aje. Padahal umi nak gi keja la sayang. hujung minggu nie umi bawa syasya gi jalan ye.

syasya kacau umi tenga siap 

khas untuk tatapan abah yang ada di perantauan.

nie gambar minggu lepas, syasya main lego.

sambil main sambil tengok tv.

pandai anak umi cantumkan lego dia.

abah, anak abah dah pandai dan bijak menyelesaikan masalah. :-)

tq.

Selasa, 29 Oktober 2013

Syasya jatuh basikal.

Assalamualaikum semua....

Ini cerita semalam, kisah anak umi jatuh basikal. Kesian anak umi syasya aliah, habis calar mata dia. Tapi ape2 pn ibu die cakap die xnangis langsung. Kuat betul die. Ape2 pn umi doa anak cpt smbh. Amin.

Selasa, 3 September 2013

Aktiviti hujung minggu kami.

As salam.

Semalam abah dah selamat sampai di sabah. Abah kena bertugas di sana. Sebelum abah pergi sana abah bawa kami pergi jalan. Abah bawak kami pergi main fun fair. Seronok gak. Tapi kesian anak umi tak dapat main sebab umi takut naik bagi dia main. Takut dia jatuh pulak. Maafkan umi ye sayang. 

Lepas puas main kami pulang ke rumah sebab nak siapkan barang abah pulak. Pukul 1 pagi pergi hantar abah. Bukan main ngantuk lagi mata umi masa itu. Huhuhu. 

Abah jaga diri baik-baik ye kat sana. Kami kat sini doakan untuk abah, semoga abah selamat sampai dan selamat pulang ke pangkuan kami. Kami berdua sayang sangat kat abah a.k.a MOHD SAIFUDDIN...♥♥♥

Isnin, 26 Ogos 2013

anak umi pakai tudung

as salam semua,

Semalam keluar jalan kat bandar Terengganu sebelum balik Pahang. Kebiasaannya Syasya ini susah sikit nak pakai tudung tapi tak tahulah kenapa die semalam nak pakai tudung. Tudung Syasya umi lupa bawa so Syasya kena pakai la tudung umi. Abah bukan main seronok lagi bila anak dara dia nak pakai tudung. Tapi yang tak kenanya ialah baju syasya. Die pakai baju takde lengan. Hehehe. Tak pe lah janji dia nak pakai. Lama gak die pakai tudung tu kat setengah hari gak.

adik senyum lebih sangat sampai nampak gigi. hehehe..

tq.

Isnin, 19 Ogos 2013

raya 2013 II

Salam sejahtera,

Ini adalah gambar sekitar hari raya kami sepanjang 2013 ini. Anak umi pun banyak gak bergambar. Gambar paksa la katakan. Hehehe.


syasya sayang umi & abah

raya ke 5.

raya ke 2

kami berdua. Umi & Syasya.

Noor Syasya Aliah

Syasya & abah. Dandan manja dengan abah.

raya ke 3.

Tq.



Nuffnang Ads

SYASYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Copyright to HAZWANIE
Designed by UMIESUEstudio 2015