Jumaat, 18 April 2014

Tengok Wayang


Assalamualaikum semua.

Ini cerita semalam. Ummi dan abah bawak Syasya pergi tengok wayang cerita Rio 2. Best gak cerita itu. Kelakar ceritanya. Bukan setakat budak aje yang gelak tapi orang tua pun bukan main kuat gelaknya. Hehehe. Lama sangat rasanya tak bawak Syasya keluar jalan itu yang ajak abah bawak Syasya pergi tengok wayang. Mula-mula nak masuk tu bukan main payah lagi sebab masa ummi dan Syasya masuk skrin kat panggung tunjuk iklan cerita ganas. Syasya jadi takut dengar bunyi cerita itu. Abah pulak pergi ke bilik air jadi ummi la yang kena jaga Syasya. Punya la nak pujuk dia masuk dalam terpaksa la ummi umpan dengan pop corn. Nasib baik masa nak masuk cerita dah start. Bila dia tengok memang betul cerita kartun baru la dia nak masuk.

Mula-mula tengok buka main khusyuk lagi tau. Tak bagi orang usik dia. Tapi dapat tahan 1 jam aje. Lepas itu dah lelap. Penat sangat la tu sampai bunyi bising pun tak dengar.

Gambar ini sebelum tengok wayang. Kami isi perut dulu sebelum cuci mata. Hahahaha.












Tq semua.

Rabu, 9 April 2014

Model kasut dan cermin mata


Assalamualaikum semua,

Hari ini ummi nak ceritakan kisah gelagat anak ummi yang seorang ini. Makin besar makin banyak gelagat dia. Hehehe. Dah pandai tiru gaya orang. Ummi sibuk pilih kasut die pun pilih gak. Ummi pilih cermin mata die pun ikut sama pilih. Inilah antara gambar anak dara ummi yang sorang ini.

Ini gambar Syasya mengayakan cermin mata.





Dan ini pulak Syasya mengayakan kasut. Dia pilih kasut untuk ummi. Syasya siap tanya lagi cantik tak ummi. Hahaha.





Ada gaya super model tak anak ummi ini??

Kepada semua pembaca blog ummi yang ingin menempah SHAKLEE boleh la email ke ummi waniepudien@gmail.com. Ummi adalah pengedar sah SHAKLEE. 


Inilah No ID SHAKLEE ummi.

Tq.

Rabu, 26 Mac 2014

08/03/2014 (Part 1)


Assalamualaikum..

Nak tahu kenapa dengan tarikh ini tak? Ini adalah tarikh lahir Syasya yang ke 2 tahun. Baru hari ini ummi dapat update blog ini mengenai sambutan harir lahir Syasya yang ke 2 tahun. Pada hari itu ummi dan abah buat 2 kali majlis sambutan hari lahir Syasya. Masa itu kebetulan ofic ummi ada buat family day, ummi mintak izin dengan pihak urusetia untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir Syasya. Pihak benarkan ummi untuk selikkan birthday Syasya ini. Ini adalah gambar sepanjang birthday Syasya masa family day tersebut. Terima kasih pada semua anak staff kerana sporting pada birthday Syasya.








Tq.

Selasa, 25 Mac 2014

Cerita Sabtu Lepas


Assalamualaikum semua.

Sebelum ummi mulakan cerita ummi nak ucapkan takziah untuk semua keluarga anak kapal dan penumpang MH370. Semoga para keluarga dapat terus tabah menempuh segalanya dengan hati yang terbuka. Ummi pun sebak juga bila dengar ucapan dari PM semalam. 

Pada sabtu lepas ummi ada menghadiri kelas yang dianjurkan oleh master-master shaklee. Seronok gak bila dapat pergi sana banyak ilmu yang ummi dapat dari master-master shaklee itu. Terima kasih kat Syasya dan abah sebab walaupun abah dan Syasya tak sihat tapi masih dapat teman ummi dalam kelas itu sampai habis. Ummi akan cuba untuk berusaha dalam shaklee. Ummi harap abah dan Syasya akan sentiasa bersama-sama dengan ummi dalam susah ataupun senang.


Syasya belajar makan mee pakai copstik. Spaghetti ini aje yang Syasya makan yang lain semua dia taknak. 


Ini laksa penang yang kurang sedap.




Ini adalah peneman susah dan senang ummi.



Syasya tak bagi ummi duduk so kena duduk atas ini aje la. Kesian ummi tau.



Comel tak gambar ini? Syasya nak buat peace macam ummi. hehehe.


Syasya tengah makan coklat.


Ini ummi punya.


Ini abah punya. Lauk lebih banyak dari nasi. Hihihihi.




Inilah anak ummi Noor Syasya Aliah.


Ini pula imam ummi di dunia dan di akhirat Mohd Saifuddin.



Yang bawah ini gambar Syasya pegang pisau dan sudu. Macam pandai aje anak ummi ini lah. Ini keja abah la nie.







Yang bawa ini adalah antara makanan yang ada di hotel. Cantik dan sedap-sedap makanan kat sini tau.





tq.

Jumaat, 7 Mac 2014

Rupa Baru Blog


Assalamualaikum semua,

Akhirnya dapat juga buat latar blog yang baru. Comel pulak blog umi kali ini, setelah sekian lamanya belajar cara untuk buat latar yang baru. Lagi umi baru nak berjinak-jinak berblog.

Inilah owner blog umi.

Sekarang umi sudah jadi ahli Shaklee yang sah. Kepada sesiapa yang ingin order Shaklee bolehlah order dengan umi.

Tq.

Nuffnang Ads

SYASYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Copyright to HAZWANIE
Designed by UMIESUEstudio 2015