Jumaat, 2 Ogos 2013

iftar di padang MPK

As salam,

Semalam sekali lagi kami berbuka puasa di luar. Kami berbuka puasa di padang MPK. Kawan abah yang ajak. Seronok gak berbuka di sana. Meriah sangat. Ramai orang berbuka disana. Yang paling meriah sekali ialah Syasya sayang umi itu. Dia suka sangat sebab ramai orang.

budak manja ini pun sibuk berbuka puasa gak. hehehe.

muka budak ngada-ngada. :-)

ini Qas anak kawan abah dan umi. Dulu tak nak dengan orang, bila dh besar nak gak la dengan orang. Hehehe.

Syasya pelik tengok orang ramai sangat. Meganggu lalu lintas aje la adik ini.

umi dan adik tengah tunggu abah siap solat di masjid besar Kuantan.

Tq.

Khamis, 1 Ogos 2013

iftar di kenny rogers

As salam,

Semalam kami sekeluarga berbuka puasa di luar di Kenny rogers ECM. Abah yang belanja umi dan syasya. Bukan senang abah nak belanja kami tau. Hehehehe. Kerajaan dapat bonus la kata kan. Tadi abah call cakap kawan dia ajak bebuka kat padang MPK. Tak tahu la jadi ke tak kuar malam ini. Umi dan syasya ikut aje kan. Kalau jadi kuar nampak nya umi dapat off day lagi untuk masak bebuka malam kan.

nie waktu mood syasya tengah baik...

dan nie time mood syasya tak baik, mintak di lepaskan.

Macam-macam ragam anak umi dan abah yang seorang ini. Noor Syasya Aliah umi dan abah sayang sangat kamu. Kamu adalah permata kami yang tak ternilai.


Jumaat, 17 Mei 2013

lotion mustajab

As salam dan selamat sejahtera.

Lama rasanya tak update blog ini. Bizi ckit sbab ada audit kat ofic ini. Banyak fail-fail kami kena siapkan. Hehehe. Hari baru nak berjinak-jinak balik beblog. Huhu. Hari ini pengalaman petama aku guna lotion mustajab delima, memang best bau dia. Bila pakai wangi aje. Tak ada bau macam minyak angin pun. Bau dia kuat gak sampai ada orang ofic yang tegur. Hehehe. Sebab aku pakai lotion ini ialah perut ini rasa kembung pulak. Dah macam baby pulak nak kembung-kembung tapi padahal dah jadi mak budak dah. Selesa sangat lepas lotion ini. Rasa lega gak la ckit. Huhuhu.

Ini la lotion yang aku pakai.

Akan menjadi peneman aku setiap masa lepas ini. Hehehe.

Isnin, 8 April 2013

aktiviti hujung minggu

salam sejahtera,

Sangat teruja nak menghadiri event Hari Terbuka ATM di TUDM Kuantan. Memandangkan syasya suka tengok kapal terbang kami pergi ke event itu. Walaupun rumah dengan TUDM dekat tapi kami tetap keluar awal takut jalan jem pulak. Hehehe. Ini antara gambar kami sepanjang hari terbuka ATM itu.

syasya dengan kenderaan polis

syasya dengan kenderaan askar

syasya, umi n pak cik askar. syasya takut tengok pakcik ini. hehehe.

syasya n abah dengan kapal terbang TUDM

syasya n umi dengan kapal terbang TUDM

syasya besemangat wajar.

syasya makan gula-gula.

Selasa, 26 Mac 2013

bawa syasya pergi bercuti

malam minggu lepas bawa syasya g bercuti kat PD.
kami g bercuti di hotel Sri Intan PD.
syasya bukan main seronok lagi sebab kat c2 ada kolam.
tiap2 petang dia n sepupu dia g mandi kolam.
petang khamis hari 2 kami g main kereta remote.


 syasya kebosanan sebab kena naik dengan kakak sepupu dia.





















 syasya kebosanan sebab kena naik dengan kakak sepupu dia.
selalunya naik sorang nie kena tumpang kak lisa sebab tak ada remote dan syasya belum pandai control sendiri.

Selasa, 19 Mac 2013

syasya demam

as salam dan selamat sejahtera,

lama dah rasanya tak menulis di blog ini. hari ini saya nak bercerit pasal anak kesayangan saya iaitu syasya aliah. dah 4 hari dia demam dan 2 klinik kami g bawa dia tapi tetap tak baik gak. lemah aje badan die. ramai cakap dia demam sebab nak boleh jalan. nak ringankan badan la katakan. tu orang kata la tapi aku tetap risau gak takut pekara lain pulak terjadi. tadi pagi ibu dia mesej cakap badan dia panas sangat lepas itu dia bagi ubat yang masuk kat punggung syukur alhamdulillah panas dia dah turun. dia sekarang pun dah nak main. syasya... umie sayang sangat kat kamu tau. kamu aje buah hati umi. umi harap kamu tak akan kena demam macam nie lagi. umi takut sayang...

syasya, abah n umi

Isnin, 28 Januari 2013

atok aku sudah tiada.

salam semua...

lame sangat tak update blog ini. bz cikit. syasya aliah sekarang sudah pandai bejalan. seronok tengok gelagat anak umi ini. dalam kegembiraan ada kesedihan gak. minggu lepas aku kehilangan atok. die pergi buat selama-lamanya. nasib baik aku sempat balik tengok die. die la atok last yang aku ada. sekarang aku dah tak ada atok lg. aku harap mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. amin...

Nuffnang Ads

SYASYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Copyright to HAZWANIE
Designed by UMIESUEstudio 2015