Isnin, 26 Ogos 2013

anak umi pakai tudung

as salam semua,

Semalam keluar jalan kat bandar Terengganu sebelum balik Pahang. Kebiasaannya Syasya ini susah sikit nak pakai tudung tapi tak tahulah kenapa die semalam nak pakai tudung. Tudung Syasya umi lupa bawa so Syasya kena pakai la tudung umi. Abah bukan main seronok lagi bila anak dara dia nak pakai tudung. Tapi yang tak kenanya ialah baju syasya. Die pakai baju takde lengan. Hehehe. Tak pe lah janji dia nak pakai. Lama gak die pakai tudung tu kat setengah hari gak.

adik senyum lebih sangat sampai nampak gigi. hehehe..

tq.

Isnin, 19 Ogos 2013

raya 2013 II

Salam sejahtera,

Ini adalah gambar sekitar hari raya kami sepanjang 2013 ini. Anak umi pun banyak gak bergambar. Gambar paksa la katakan. Hehehe.


syasya sayang umi & abah

raya ke 5.

raya ke 2

kami berdua. Umi & Syasya.

Noor Syasya Aliah

Syasya & abah. Dandan manja dengan abah.

raya ke 3.

Tq.



Khamis, 15 Ogos 2013

raya 2013

As salam semua...

Rasa masih belum terlambat lagi untuk update mengenai rayakan??? Hehehe... Ummi rasa raya tahun ini raya yang paling meriah. Tahun ini kami banyak berjalan tau. Anak ummi Syasya Aliah pun banyak dapat duit raya. Nanti boleh belanja ummi dan abah makankan. Hehehe....

Tapi yang buat ummi seronok dan bersyukur ialah abah tak jadi pergi ke Lahat Datu Sabah. Sepatutnya abah kena pergi Lahat Datu pada 1/8/2013 sebelum raya hari itu tapi di tunda ke 30/8/2013. Jadi dapatlah kami raya bertiga.

ini adalah gambar kenangan raya 2013 kami:









raya pertama, beraya kat Terengganu.

raya ke 2, otw ke Johor ke kampung sebelah ummi.

raya ke 3, kami jalan jauh sikit hari ini. Kami beraya ke Melaka dan KL.

raya ke 5, otw ke Mersing, pergi rumah kawan abah dan mak sedara ummi.

Raya ke 4 tak dan pulak nak tangkap gambar. Hehehe... Kalut sangat nak siap sampai tak dan nak tangkap gambar. Gambar yang lain akan ummi masuk di kemudian hari okey.
Tq.

Jumaat, 2 Ogos 2013

iftar di padang MPK

As salam,

Semalam sekali lagi kami berbuka puasa di luar. Kami berbuka puasa di padang MPK. Kawan abah yang ajak. Seronok gak berbuka di sana. Meriah sangat. Ramai orang berbuka disana. Yang paling meriah sekali ialah Syasya sayang umi itu. Dia suka sangat sebab ramai orang.

budak manja ini pun sibuk berbuka puasa gak. hehehe.

muka budak ngada-ngada. :-)

ini Qas anak kawan abah dan umi. Dulu tak nak dengan orang, bila dh besar nak gak la dengan orang. Hehehe.

Syasya pelik tengok orang ramai sangat. Meganggu lalu lintas aje la adik ini.

umi dan adik tengah tunggu abah siap solat di masjid besar Kuantan.

Tq.

Khamis, 1 Ogos 2013

iftar di kenny rogers

As salam,

Semalam kami sekeluarga berbuka puasa di luar di Kenny rogers ECM. Abah yang belanja umi dan syasya. Bukan senang abah nak belanja kami tau. Hehehehe. Kerajaan dapat bonus la kata kan. Tadi abah call cakap kawan dia ajak bebuka kat padang MPK. Tak tahu la jadi ke tak kuar malam ini. Umi dan syasya ikut aje kan. Kalau jadi kuar nampak nya umi dapat off day lagi untuk masak bebuka malam kan.

nie waktu mood syasya tengah baik...

dan nie time mood syasya tak baik, mintak di lepaskan.

Macam-macam ragam anak umi dan abah yang seorang ini. Noor Syasya Aliah umi dan abah sayang sangat kamu. Kamu adalah permata kami yang tak ternilai.


Nuffnang Ads

SYASYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Copyright to HAZWANIE
Designed by UMIESUEstudio 2015